Album sulung bahagian dua ditunda, Aisha Retno utamakan Gusti Putri

EntertainmentMusic
1 Oct 2026 • 3:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Album sulung bahagian dua ditunda, Aisha Retno utamakan Gusti Putri

PETALING JAYA – Tiada khabar mengenai bahagian kedua album studio sulungnya, [Re.Hab], penyanyi Aisha Retno bukan melupakan karya berkenaan sebaliknya pelancarannya terpaksa ditangguhkan susulan komitmen besar dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.

Ujar Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, bahagian kedua album berkenaan sebenarnya boleh dilancarkan pada bila-bila masa, namun pihaknya mengambil kira jadual promosi serta komitmen terhadap pementasan teater tersebut.

“Sebenarnya boleh sahaja kalau mahu lancarkan sekarang juga.

“Tetapi disebabkan tahun ini ada kejutan tidak dijangka buat saya, iaitu terpilih untuk pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical, kami tidak mahu jadual pemasaran album ini bertembung. Nanti sukar untuk saya fokus.

“Komitmen membawa watak Gusti Putri ini sangat tinggi, jadi kami terpaksa mengundurkan pelancaran ke November dan Disember. Terus nantikan, okey,” tulisnya dalam Threads.

Pelantun lagu Tak Adil itu terlebih dahulu memperkenalkan bahagian pertama [Re.Hab] pada Julai 2025, memuatkan lima lagu termasuk Tak Adil, Jeda, O.R.B.I.T, Lengkapilah Kita (Missing Peace) serta Titik Temu, hasil duet bersama Megat Fazly.

Penangguhan tersebut hadir ketika Aisha sedang memberi tumpuan kepada satu lagi pencapaian besar dalam kerjaya seni apabila diberi kepercayaan menggalas watak legenda Gusti Putri Retno Dumilah menerusi naskhah agung Puteri Gunung Ledang The Musical.

Puteri Gunung Ledang The Musical dijadualkan menemui penonton bermula 31 Oktober hingga 15 November depan, sekali gus menjadikan tempoh tersebut antara fasa paling sibuk buat penyanyi berusia 26 tahun itu.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mempersoal mengenai perkembangan bahagian kedua album berkenaan yang sehingga kini tiada khabar selepas pelancarannya sebelum ini dijadualkan pada September lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Album sulung bahagian dua ditunda, Aisha Retno utamakan Gusti Putri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved