Alfa Romeo Tinggalkan F1, Gagal Cari Pasukan Baharu Untuk Kekal Berlumba

Cars
2 Dec 2023 • 3:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat pembuatan kereta Itali, Alfa Romoe dijangka bakal meninggalkan pentas perlumbaan Formula Satu (F1) selepas dikatakan gagal mencari pasukan baharu untuk kekal dalam perlumbaan berprestij dunia tersebut.

Memetik Racing News 365, Alfa Romeo sebelum ini mengumumkan telah menjadi penaja utama F1 bagi pasukan Sauber selepas mementerai perkongsian teknikal dan komersial mulai tahun 2018 hingga musim 2023.

Bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan kerjasama bersama Sauber yang berakhir pada hujung Disember ini atas alasan tertentu.

image is not available

Difahamkan, ALfa Romeo dan Sauber telah melakukan rundingan sejak beberapa tahun lalu, namun perjanjian baharu itu tidak berakhir dengan baik.

Ia berlaku selepas Sauber dikatakan bakal menjalinkan kerjasama bersama Audi mulai 2026.

Disebabkan itu, Alfa Romeo cuba mencari pasukan baharu untuk bekerjasama dan antaranya pasukan dari Amerika Syarikat (AS), Haas.

Bagaimanapun, mereka gagal menemui keputusan yang terbaik sehingga membuatkan Alfa Romoe tiada pilihan dengan meninggalkan dunia F1.

Alfa Romoe juga perlu memberi tumpuan untuk mencari pasaran baharu seperti Kejohonan Dunia Endurance.

image is not available

Untuk rekod, Alfa Romeo Racing mula bersaing pada musim 2019 dengan menggunakan enjin Ferrari. Mereka juga berjaya menduduki tempat kelapan keseluruhan menerusi Kimi Raikkonen dan Antonio Giovinazzi.

Pada musim 2022, pasukan tersebut juga berjaya menduduki tangga keenam dengan mengumpul 55 mata keseluruhan menerusi Valtteri Bottas dan Zhou Guanyui.

image is not available

View Original Article