Alhamdulilah kesihatan semakin pulih, terima kasih atas doa semua – PM Anwar

LocalPolitics
3 Nov 2025 • 5:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kesihatan beliau semakin pulih selepas mengalami sakit belakang sehingga menyebabkan pergerakannya terbatas, baru-baru ini.

Khabar baik itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar di media sosialnya sambil berkongsi momen meluangkan masa dengan cucu di kediamannya.

Kesihatan semakin pulih

“Healing dengan cucu, alhamdulilah kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua,” ujar beliau di laman Instagram, hari ini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang semalam atas nasihat doktor bagi mendapatkan rehat secukupnya selepas alami masalah kesihatan.

Sehubungan itu, PMO memohon maaf atas kesulitan berlaku khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.

image is not available

Sumber: Instagram @Anwar Ibrahim