'Alhamdulillah bertambah lagi princess...' Izara Aishah bersalin anak ketiga

EntertainmentFamily & Parenting
9 Apr 2026 • 5:16 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan anak ketiganya.

Berita gembira itu dikongsikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman sosial Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, bertambah lagi princess dalam keluarga kami.

"Masya-ALLAH tabarakallah," titipnya yang memuat naik foto memangku si kecil.

Terdahulu, Izara berkongsi tarikh jangkaan bersalinnya pada awal April dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sekadar info, Izara berkahwin dengan anak tiri Siti Nurhaliza, Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6 dan Amara Amina, 3.