“Alhamdulillah. Minum petang di Rusila” -Hamzah Zainudin

LocalPolitics
13 Feb 2026 • 9:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usai dipecat daripada parti BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah berkongsi gambar di media sosial rasmi miliknya dengan meluahkan rasa syukur apabila dapat minum petang di Rusila, Terengganu.

Hamzah Zainudin di Rusila

Menerusi perkongsian tersebut, Hamzah dilihat duduk bersama-sama pemimpin-pemimpin PAS termasuk Presiden parti berkenaan, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Alhamdulillah. Minum petang di Rusila,” tulisnya ringkas.

image is not available

Hamzah akui perancangan Allah adalah yang terbaik

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa Allah S.W.T merupakan sebaik-baik perancang tanpa menyatakan dengan jelas apa yang sedang berlaku dalam pertemuan tersebut.

“Allah S.W.T sebaik-baik perancang,” ujarnya lagi.

Beberapa nama besar dalam Perikatan Nasional seperti Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS,  Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, Bekas Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Saifuddin Abdullah turut kelihatan dalam sesi ‘minum petang’ tersebut.

image is not available

Artikel lain: Akaun FB BERSATU gesa Muhyiddin letak jawatan, kini faham punca ‘kerajaan 2018’ tumbang

Terdahulu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat keahlian partinya serta-merta.

Selain itu, empat lagi pemimpin parti itu menerima nasib sama selepas didapati melanggar Perlembagaan BERSATU.

Menurut notis berasingan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan pada Jumaat, mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin.

image is not available

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Kamal juga turut dipecat selepas digantung keahlian selama satu penggal.

Sumber: Facebook Hamzah Zainudin