“Alhamdulillah Neelofa Tak Pernah Merajuk, Kami Solat Bersama Kalau Ada Masalah” – PU Riz

LocalEntertainment
11 Jul 2025 • 5:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah PU Riz mendedahkan bahawa isterinya iaitu selebriti dan usahawan Neelofa tidak pernah merajuk sepanjang mereka berkahwin.

Menerusi video di TikTok, PU Riz memberitahu bahawa dia dan Neelofa akan solat berjemaah apabila mereka berdepan dengan masalah dalam rumah tangga.

Alhamdulillah, Neelofa tak pernah merajuk sepanjang saya berada dengan dia. Seorang isteri yang memahami dan kalau ada masalah, kami akan sama-sama solat bersama. Selesaikan dengan solat, Insya-Allah.

Neelofa yang berada di samping PU Riz itu juga sempat berkongsi tips dan pendapat apa yang perlu dilakukan sekiranya pasangan suami isteri sudah tiada ‘spark’ dalam rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Katanya, pasangan yang hilang ‘spark’ dalam rumah tangga perlu meluahkan perasaan masing-masing dengan adab serta perlu ada toleransi.

Macam mana diorang nak give and take untuk cari solusi. Sekiranya benda itu terlalu menyukarkan, mungkin kena libatkan pihak ketiga untuk kaunseling atau nasihat.

Tambahnya lagi, perkahwinan itu bukan hanya sekadar untuk berseronok, suka sama suka dan mengungkap kata cinta semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Ia ada satu amanah yang akadnya perjanjian kontrak dengan Allah.

@nunha.storeYang dah dapatkan ticket jumpa anda di sana, kita ada buka lagi sikit untuk yang masih belum dapatkan ticket, lagi 3 hari sebelum majlis, dapatkan ticket di link bio. jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! Dari Akad Ke Syurga 12/7/2025 ticket di link bio!♬ original sound – Nunha Store HQ

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-11 09:03:34

“Dari Side Nampak Bentuk, Mengarut!” - Neelofa Teruk Dikecam, Fesyen Didakwa Macam Bukan Wanita Berniqab