‘Alhamdulillah, selesai cara baik’ – M Jamil cerai talak satu

LocalEntertainment
28 Oct 2026 • 5:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Alhamdulillah, selesai cara baik’ – M Jamil cerai talak satu

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah veteran, M Jamil, 62, sah bercerai talak satu dengan isteri, Shahrila Markom di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, hari ini selepas lapan bulan prosiding perbicaraan berlangsung.

Pada 28 September lalu, kedua-dua pihak hadir bersama peguam syarie masing-masing dengan Shahrila sebagai plaintif diwakili Nabila Abdul Rahim, manakala M Jamil (defendan) diwakili oleh Muhammad Luqmanulhakim Ahmad.

Menerusi prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din pada 28 September, pihak M Jamil dibenarkan oleh mahkamah melantik hakam keluarga iaitu anaknya, Sadiq Jamil, 28, diikuti dilakukan juga satu sesi persidangan iaitu majlis tahkim bagi pihak-pihak antara keluarga berbincang secara baik.

Difahamkan, sesi persidangan tahkim itu bertujuan membawa pihak-pihak antara keluarga berbincang secara baik untuk mendamaikan dan menemui jalan penyelesaian secara kesepakatan bagi meleraikan kemelut yang berlaku.

M Jamil berkata, dia reda dan bersyukur semuanya sudah berakhir dengan baik antaranya bersama bekas isteri selepas permohonan perceraian dibuat Shahrila terhadapnya pada Februari lalu.

“Alhamdulillah. Semuanya dapat ‘settle’ (diselesaikan) dengan cara baik. Syukur alhamdulillah.

“Kami berpisah dengan talak satu oleh mahkamah dan jodoh kami berakhir di sini. Sudah sah cerai,” katanya memetik Harian Metro menerusi kiriman mesej ringkas.

Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun antara M Jamil dan Shahrila, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9, yang kini di bawah penjagaan wanita itu.

M Jamil mengahwini Shahrila pada 24 Mei 2014 selepas kematian isteri ketiganya, Allahyarham Siti Rohani Wahid pada 2010.

Shahrila bagaimanapun dilapor bertindak meninggalkan rumah bersama dua anak mereka pada November tahun lalu, dan difahamkan M Jamil tidak lagi berjumpa dengan cahaya matanya.

M Jamil yang juga anak kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad, 84, mengalami strok sejak lapan tahun lalu termasuk berdepan komplikasi kencing manis sehingga jari kelingking pada kaki kirinya terpaksa dipotong.

Menerusi empat perkahwinannya, M Jamil mempunyai 11 anak dan kini difahamkan menetap bersama dua anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Rohani. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Alhamdulillah, selesai cara baik’ – M Jamil cerai talak satu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved