“Alhamdulillah, Syukur”- Hasil Buat Bisnes, Balu Abam Bocey Berjaya Miliki ‘Vellfire’ Sendiri

17 Jul 2022 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Balu kepada allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi ‘moment’ gembira apabila dia berjaya membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire hasil titik peluh sendiri.

Sebelum ini, Hidayah pernah berkongsi satu video di Instagram miliknya apabila dia terserempak dengan kereta milik arwah yang difahamkan mempunyai banyak kenangan semasa bersama.

Terbaru, Hidayah berkongsi hasil kerja kerasnya menjual sabun dan produk kecantikan terbalas apabila dia berjaya memiliki kereta idamannya.

Dalam entrinya di Instagram, dapat dilihat dia bergambar bersama anaknya di hadapan kereta baharu miliknya yang juga merupakan jenama yang sama digunakan oleh arwah.

Perkara itu mendapat perhatian netizen, dan rata-rata mengucapkan tahniah dan bangga terhadap pencapaian Hidayah dalam perniagaan walaupun bergelar sebagai ibu tunggal.

image is not availableimage is not available

image is not available 1 bulan lalu

(VIDEO)"Tinggal Kenangan" - Hidayah Sebak Ternampak Kereta Arwah Abam, Mohon Doa Agar Bisnes Berjaya