Alhamdulillah! Tamatkan pengajian empat tahun, Sissy Imann genggam Sarjana Muzik

LocalEntertainment
23 Nov 2024 • 6:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELEPAS empat tahun bertungkus lumus, penyanyi Sissy Imann akhirnya berjaya menggenggam sarjana dalam bidang muzik dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tahniah!

Berita gembira itu dikongsikan oleh Sissy sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

"Graduated with a master's degree in music. Alhamdulillah.

"Lepas ini kalau jumpa saya jangan lupa panggil saya master bedroom ok," titipnya lucu.

image is not available

Memuat naik foto lengkap dengan jubah konvokesyen bersama keluarga, Sissy manis menggayakan kebaya berona putih gading.

Perkongsian Sissy menerima ucapan tahniah daripada warga maya yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaannya.

"Tahniah @sissyimann moga terus berjaya dalam apa jua lapangan yang Sissy lakukan."

"Well done sissy! So proud of you."

"Congratulations @sissyimann. Such an inspiration!"

PENGAJIAN EMPAT TAHUN

Dalam hantaran sebelum ini, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, menyifatkan pengajian siswazahnya selama empat tahun sebagai suatu kenangan yang manis.

Malah pelantun lagu Mungkin Kamu dan Namaku Padamu itu sebak mengenangkan usaha dan penat jerih bagi menggapai impian.

image is not available

"(Ia) bukan perjalanan yang mudah bagi saya, tetapi saya bersyukur kerana membuat keputusan yang tepat untuk sambung belajar.

"Sekarang semuanya sudah selesai. Saya harap tesis yang dihasilkan ini akan memberi kebaikan kepada golongan akademik dan mereka yang berada di dalam industri muzik.

Menerusi posting tersebut juga, Sissy berterima kasih kepada pensyarah dan penyelianya.

"Terima kasih Dr @teachernad jadi supervisor yang terbaik. Sampai ke Jakarta la kita berjalan sama-sama tengok orkestra Erwin Gutawa haha. Okay untuk penghargaan yang lebih detail baca acknowledgement tesis," kongsinya.

image is not available

Sissy juga memberi kata-kata semangat buat semua pelajar di luar sana agar sentiasa berfikiran positif dan jangan mudah berputus asa.

"Untuk mereka yang tengah berjuang, ingat ini saja. Kalau saya boleh, awak pun boleh.

master,

Sekadar info, bakat Sissy pada mulanya dikesan menerusi YouTube oleh komposer dan gitaris Hujan, AG Coco.

Beliau yang berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes melonjak menerusi lagu Mungkin Kamu. Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.

Sissy pernah menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing dengan peserta lain seperti Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.

Sumber: Instagram 1, 2