
Lama tak dengar khabar Ali Puteh, hantaran terbarunya di platform TikTok agak sebak dibaca apabila pelawak yang kini usahawan itu memberi pesanan serta nasihat buat anak-anaknya.
Menerusi hantaran tersebut, Ali dan isterinya memberi pesanan agar tiga anak mereka sentiasa berkasih sayang sesama adik beradik.
"4 Tahun Lepas Kita Peluk Rai Kemenangan, Harini Aku Menangis Berpelukan Dengan Anakmu Abang.." - Ali Puteh
Jangan berpecah kerana harta dan dunia…
Tulis Ali, dia bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dan memesan kepada tiga cahaya mata mereka agar jangan sesekali berpecah belah disebabkan harta dan dunia.

Ali juga berkata ada orang yang tidak akan suka dan tertawakan jika seseorang manusia itu berada di bawah.
Jangan berpecah belah dek kerana harta, dek kerana dunia. Jangan termakan dek cacian dan makian dari orang. Bila kita di bawah orang tidak akan suka dan tertawa, bila kita di atas juga orang tidak akan pernah diam dan suka…”
Akan sentiasa membahagiakan anak-anak
Tambah Ali, anak-anaknya harus membesar dengan saling berkasih sayang sesama mereka dan berjanji akan membahagiakan mereka selagi termampu.
Selagi ada daya ibu dan walid, akan kami bahagiakan kamu wahai anak. Jangan risau jika tiada kawan, tiada yang peduli. Walid dan ibu sentiasa ada buat kamu.”

The post Ali Puteh & Isteri Titip Pesanan Buat 3 Anak, Ingatkan Supaya Sentiasa Berkasih Sayang – “Jangan Pecah Belah Kerana Harta & Dunia…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



