Ali Puteh Pula Tampil Bersuara, Stesen TV Yang Sama Masih Belum Lunas Hutang Tertunggak – “Belum Bayar Lagi Setahun”

EntertainmentBusiness & Finance
19 Jul 2025 • 12:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas Amir Raja Lawak mendesak pihak stesen TV melunaskan hutang, kini giliran Ali Puteh pula tampil bersuara dan mendakwa dia juga mengalami nasib yang sama.

Menerusi Instagram, pelawak dan pelakon itu berkata syarikat stesen TV yang sama masih belum melunaskan bayaran yang sepatutnya diterima dan telah tertunggak lebih setahun.

image is not available

Bayaran tersebut didakwa melibatkan program yang pernah disertai Ali Puteh bersama stesen TV berkenaan sebelum ini dan tangkap layar dikongsikan memaparkan perbualannya bersama kakitangan syarikat itu.

Berdasarkan perbualan itu, staf berkenaan memaklumkan tiada lagi bayaran untuk pelawak tersebut dan Ali sendiri kemudian meminta nombor telefon Datuk dipercayai pemilik stesen TV terbabit.

Abang takde nombor Dato dan Datin. Cuba Ali minta Kiedd atau Boy sebab dorang bos.

image is not available

Bagaimanapun, Ali tidak menyatakan berapa jumlah bayaran yang tertunggak dan masih belum dibayar stesen TV berkenaan kepadanya.

Terdahulu, Amir Raja Lawak menuntut agar stesen TV berkenaan menjelaskan bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 dengan kadar segera kerana dia perlu menampung kos rawatan bapa yang menghidap kanser.

image is not available 2025-07-15 15:06:20

Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Bayar Hutang RM18K Segera! - "Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya"