​​Ali XPDC dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Cyberjaya

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 7:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ali XPDC

PENYANYI kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail atau Ali, 56, dimasukkan ke unit kecemasan di Hospital Cyberjaya pada Isnin.

Berita tersebut dimaklumkan isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned.

Sebelum ini, Ali dilaporkan menderita masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni dan Sharifah Azuwanna memaklumkan, kesihatan suaminya merosot sejak awal tahun lalu dan semakin serius sejak Ramadan.

Pada 2021, Ali pernah berdepan ujian getir selepas diserang angin ahmar yang turut mengakibatkan jantungnya membengkak dan kesihatan beliau turun naik sehingga mengganggu kerjayanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved