
Syarikat gergasi e-dagang dari China, Alibaba mengadakan satu kolaborasi bersama Perennial Holdings, yang memiliki dua jutawan Singapura iaitu, Kuok Khoon Hong dan Ron Sim sebagai pemegang saham utamanya.
Mereka telah berjaya mendapatkan kelulusan daripada kerajaan untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di bandar itu yang juga merupakan pasaran pejabat terhangat di rantau Asia-Pasifik
Dalam satu keputusan yang dibuat pada tarikh 7 Julai tersebut, Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar telah meluluskan kertas kerja konsortium tersebut untuk membina bangunan itu.

Lokasi Bangunan Tersebut
Bangunan pencakar langit itu merupakan sebuah menara komersial yang mengandungi hotel dan kediaman yang memiliki 63 tingkat di tapak 8 Shenton Way. Lokasi menara tersebut berdekatan dengan stesen MRT Tanjong Pagar, yang berhampiran daerah pusat perniagaan Raffles Place.
Kawasan itu pada asalnya dibina merupakan tapak bagi Treasury Building pada tahun 1986, juga pernah menjadi ibu pejabat firma pelaburan negara Temasek Holdings. Dengan ketinggian maksimum sebanyak 305 meter, bangunan baharu itu akan menjadi struktur tertinggi di Singapura dan dijangka siap pada 2028.
Bangunan ini akan mengatasi ketinggian Menara Guoco, yang merupakan bangunan tertinggi di negara tersebut dengan ketinggian 284 meter. Kedua-dua bangunan pencakar langit ini akan dihubungkan dengan stesen MRT Tanjong Pagar.
Keluasan Bangunan Pencakar Langit
Bangunan yang akan dibina itu memiliki jumlah keseluruhan luas lantai secara kasar iaitu 148,450 meter persegi. Luas lantai ini termasuklah ruang komersial yang berukuran 87,966 meter persegi dan 49,420 meter persegi bagi keluasan pangsapuri kediaman. Ruangan selebihnya adalah untuk komponen hotel dan kemudahan lain, menuntut laporan daripada URA.
Pembangunan semula 8 Shenton Way ini dibuat semasa permintaan kukuh bagi hartanah komersial di Singapura yang merupakan antara pasaran pejabat paling hangat di rantau ini. Pelaburan dalam hartanah komersial di bandar itu meningkat 81% pada separuh pertama kepada $9.3 bilion berbanding tahun sebelumnya, menurut perunding hartanah JLL.

Selain daripada Alibaba dan Perennial, Chip Eng Seng bersama usaha sama antara Kumpulan SingHaiyi dan Haiyi Holdings yang dikawal oleh taikun hartanah Gordon Tang dan isterinya Celine. Pada awal tahun ini, mereka telah bersetuju untuk membeli pegangan saham dalam 8 Shenton Way.
Sumber: Forbes
The post Alibaba & Dua ‘Taikun’ Dapat Kelulusan Bina Bangunan Tertinggi Di Singapura appeared first on Siakap Keli.
