Alibaba Kini Menetapkan Sasaran Mencapai Fasa AGI Sebagai Sasaran Utama Syarikat

TechnologyDigital
21 Feb 2025 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alibaba merupakan salah satu syarikat teknologi terkemuka dari China, dan turut memiliki sejumlah jenama dibawah mereka, termasuk Lazada di Malaysia. Terkini, ketika perkongsian penyata kewangan tahunan, CEO Alibaba berkongsi mengatakan kini mereka menetapkan sasaran untuk mencapai fasa AGI (artificial general intelligence) sebagai objektif utama syarikat.

Untuk makluman, fasa AGI dikategorikan sebagai fasa dimana kecerdasan buatan boleh berfikir setara manusia, atau lebih daripada manusia.

Untuk tujuan ini, Alibaba akan terus membangunkan model-model yang lebih maju sekaligus mencapai AGI. Pengumuman ini juga secara tidak langsung memposisikan Alibaba sebagai syarikat memfokuskan kecerdasan buatan, dan bukannya sebagai memfokuskan peruncitan dan perniagaan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved