Alibaba Menyuntik Dana Tambahan Baharu Ke Lazada Berjumlah Lebih RM3.8 Bilion

TechnologyDigital
23 Jul 2023 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alibaba kini nampaknya terus menyokong Lazada, dan telah melakukan suntikan dana baharu berjumlah $845 juta (~RM3.8 bilion).

Suntikan dana ini dijangka akan terus membantu Lazada dalam bersaing di arena edagang, disamping turut memperluaskan lagi perkhidmatan. Baru-baru ini juga, Lazada telah mula mengintegrasi teknologi ChatGPT dalam membantu pengguna melakukan pembelian.

image is not available

Pada hari ini, di Malaysia sahaja, Lazada menerima saingan dari beberapa pihak, termasuk Shopee dan juga TikTok Shop. Mengikut data yang dihimpunkan berasaskan pembelian sebelum ini, Lazada memegang sekitar 19% pasaran sahaja di Malaysia, berbanding Shopee berjumlah 78%. TikTok Shop yang baharu dimulakan sedia mempunyai pegangan sekitar 3% di arena edagang di Malaysia.