Alibaba, Syarikat Induk Sebalik Lazada – Mengatakan Sedang Bangunkan Penawaran Seumpama ChatGPT

TechnologyDigital
8 Feb 2023 • 11:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak ChatGPT diperkenalkan pada penghujung tahun 2022 lepas, ia telah mengubah industri teknologi, sekaligus memperlihatkan pelbagai syarikat mula berlumba kembali dalam arena kecerdasan buatan.

Terbaru, Alibaba, syarikat edagang popular dari China yang turut merupakan syarikat induk sebalik Lazada, kini mengumumkan mereka turut sedang bangunkan penawaran seumpama ChatGPT tersendiri.

Buat masa ini, ia pada peringkat ujian dalaman di Alibaba.

Namun, Alibaba tidak berkongsi lanjut berkenaan bagaimana ia berfungsi dan sebagainya. Secara kasar, sebagai syarikat edagang, sepatutnya pembangunan Alibaba akan memudahkan pengguna dalam membuat perbandingan produk, mendapatkan cadangan yang sesuai dan sebagainya.

Tetapi, pada masa yang sama juga, berkemungkinan teknologi tersebut dibangunkan dalam membolehkan Alibaba memasarkan perkhidmatan awanan mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan Alibaba berkongsi lanjut berkenaan pesaing ChatGPT mereka tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved