
Rain Carradine adalah seorang anak yatim piatu dan bekerja dengan abang angkatnya Andy. Andy pula merupakan manusia sintetik yang diprogramkan semula dan tinggal di koloni Jackson's Star. Selepas kontraknya dilanjutkan secara paksa oleh syarikat Weyland-Yutani, Andy bersetuju untuk menyertai bekas teman lelakinya Tyler untuk pergi ke kapal angkasa terbiar untuk mendapatkan semula bilik cryostasis.
Misi ini memerlukan kehadiran Andy kerana keupayaanya untuk berinteraksi antara paparan muka dengan sistem komputer yang ada disitu. Pada mulanya Rain teragak-agak untuk menghantar Andy tetapi diyakinkan oleh Tyler tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Andy. Rakan lain yang turut serta adalah Kay yang sedang mengandung, Bjorn dan Navarro. Mereka kemudianya terbang dengan kapal pengangkut Corbelan ke stesen kapal angkasa yang dimaksudkan. Stesen kapal angkasa ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Romulus dan Remus.
Semasa mendapatkan ruang stasis, Tyler, Bjorn dan Andy secara tidak sengaja menghidupkan semula sistem imbasan dan ini telah mengaktifkan pintu penutup. Untuk mengatasi sistem penutup pintu ini, Rain memasang cip yang diambil daripada satu android yang rosak dan memindahkanya ke Andy, Ini membolehkan Andy mengakses ke stesen itu sambil mengemas kini pemprosesan pemikiran dan kecekapan amnya. Tanpa disedari sistem ini juga mengubah arahan utamanya untuk membantu Rain bertukar kepada syarikat Weyland-Yutani. Mereka juga menyedari bahawa mereka tidak berseorangan.


Kumpulan itu berjaya melarikan diri dari bilik tersebut dan tanpa diduga muncul makhluk alien lalu melekat pada muka Navarro. Maka berlakulah pelbagai aksi yang mendebarkan. Kay cuba melarikan diri untuk pergi ke pesawat Corbelan tetapi telah diperhatikan oleh makhluk alien lantas menyerangnya. Teman-temanya yang lain tidak mahu membantu kerana berasa sangat takut.
Setelah itu Andy menemui sampel cecair yang telah diekstrak daripada alien oleh saintis terdahulu. Ia adalah satu formula untuk membolehkan manusia menjadi lebih kuat daripada diserang oleh makhluk planet lain.
Rain dan Tyler pula tidak berputus asa kerana ingin terus membantu Kay. Mereka berdua berjaya menjejaki Kay lalu cuba menyelamatkannya daripada satu kepompong alien. Akibatnya Tyler telah terbunuh dan Andy pula sudah tidak berupaya. Tanpa diduga semasa mereka melarikan diri Kay menyuntik dirinya dengan cecair alien yang baru ditemui itu.
Kemudian Rain pergi semula kepada bahagian Romulus lalu membantu Andy dengan mengeluarkan cip kawalan, ini sekali gus mengembalikan keadaan dirinya yang asal. Mereka membuat keputusan untuk melumpuhkan graviti kapal dan menembak alien lalu kembali ke pesawat Corbelan. Tempat tersebut seterusnya meletup akibat perlanggaran.

Krew yang terselamat kemudiannya berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Tetapi keadaan belum lagi tamat kerana Kay yang sedang mengandung kini melahirkan anak yang hibrid dengan alien akibat menyuntik cecair diekstrak dari alien. Apakah yang berlaku seterusnya? Ayuh ke panggung.
Filem ini diarahkan oleh Fede Álvarez disamping turut menulis lakon layar dengan Rodo Sayagues. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat seperti Cailee Spaeny, David Jonsson, Archie Renaux, Isabela Merced, Spike Fearn, dan Aileen Wu. Filem Alien Romulus adalah instalasi ketujuh dalam francais Alien yang bermula dengan Alien (1979) dan Aliens (1986). Buat mereka yang gemarkan aksi cemas lagi mendebarkan anda pasti tidak kecewa dengan naskah ini. Untuk makluman filem ini mendapat taraf 16 dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dibawah umur.
Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
