Alif Satar terajui filem web Raya 2026 MR D.I.Y. Malaysia, “Raya Sama-Sama”

6 Mar 2026 • 11:04 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Alif Satar terajui filem web Raya 2026 MR D.I.Y. Malaysia, “Raya Sama-Sama”
Gabungan artis rentas sempadan - Alif Satar, Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar membintangi filem web Raya MR D.I.Y., “Raya Sama-Sama”. Foto oleh MR D.I.Y.

MR D.I.Y. Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri 2026 dengan tayangan perdana filem web perayaan terbarunya, “Raya Sama-Sama” - sebuah kisah menyentuh hati dan penuh warna yang mengetengahkan keindahan kemaafan serta ikatan budaya yang dikongsi antara Malaysia dan Indonesia.

Dibintangi oleh penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia, Alif Satar, filem web berdurasi kira-kira lima minit ini turut menampilkan kolaborasi istimewa bersama bintang terkenal Indonesia, Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar. Filem ini meneruskan tradisi MR D.I.Y. dalam menghasilkan kisah bertemakan perayaan yang dekat di hati dan mencerminkan realiti kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Raya Sama-Sama mengisahkan perjalanan Izzat (lakonan Alif Satar), seorang profesional dari Malaysia yang bekerja di Indonesia. Ketika Aidilfitri semakin hampir, ribut kuat telah mengganggu perjalanannya pulang, sekali gus memusnahkan harapannya untuk kembali ke Malaysia bagi menyambut kelahiran anak sulung bersama isterinya. Tanpa pilihan lain, Izzat dengan berat hati menerima pelawaan untuk menumpang di rumah rakan sekerjanya yang menjengkelkan, Rian (Teuku Wisnu), bersama isterinya Rian (Shireen Sungkar).

Image from: Alif Satar terajui filem web Raya 2026 MR D.I.Y. Malaysia, “Raya Sama-Sama”
Izzat terpaksa tinggal di rumah Rian selepas terkandas di Indonesia. Foto oleh MR D.I.Y.

Walaupun bermula dengan kekecohan dan salah faham, Izzat akhirnya menemui sisi tersembunyi Rian yang penuh keikhlasan dan kebaikan. Kisah ini memuncak dengan pendamaian yang menyentuh perasaan antara dua rakan sekerja tersebut apabila Izzat menerima khabar gembira kelahiran anaknya, membuktikan bahawa walaupun tradisi mungkin berbeza merentasi sempadan, semangat Aidilfitri kekal bersifat sejagat.

Image from: Alif Satar terajui filem web Raya 2026 MR D.I.Y. Malaysia, “Raya Sama-Sama”
Izzat dan Rian akhirnya berdamai. Foto oleh MR D.I.Y.

Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad berkata, “Raya adalah waktu untuk membuat pembaharuan dan mengeratkan ikatan. Melalui Raya Sama-Sama, kami ingin menonjolkan bagaimana perbezaan sebenarnya mampu mendekatkan kita dengan nilai empati dan layanan mesra. Filem ini merangkumkan mesej perayaan kami iaitu ‘Perbezaan Diraikan, Kebersamaan Dikongsi’.”

Filem web ini menampilkan nuansa budaya yang halus serta persamaan yang ketara antara dua negara jiran, mengukuhkan komitmen MR D.I.Y. Malaysia untuk terus dekat di hati isi rumah yang pelbagai. Ia mengingatkan kita agar menghargai saat kebersamaan dan mencari titik persamaan, walaupun dalam keadaan yang tidak disangka.

Raya Sama-Sama kini boleh ditonton di saluran media sosial rasmi MR D.I.Y. Malaysia termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube. Sejak dilancarkan, filem ini telah menerima sambutan luar biasa dengan mencatat lebih 6 juta tontonan di seluruh saluran media sosial jenama tersebut dalam tempoh beberapa hari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y Malaysia atau ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, TikTok, XiaoHongShu, X dan YouTube.