Aliff Ahmad buat laporan SKMM ke atas agensi itu -“Harap SKMM siasat SKMM secara telus”

LocalPolitics
28 Apr 2025 • 6:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Ahmad buat laporan SKMM

Pempengaruh media sosial, Aliff Ahmad buat laporan SKMM ke atas Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) berhubung kenyataan agensi tersebut yang didakwa menfitnahnya.

Aliff Ahmad buat laporan SKMM terhadap SKMM

Perkara berkenaan dinyatakan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Facebook miliknya apabila menemani Aliff ke bangunan SKMM bagi membuat laporan tersebut.

Difahamkan, Aliff akan membuat aduan rasmi terhadap agensi tersebut dan mahu pihak mereka menyiasat kenyataan yang dibuat tempoh hari berkenaan pempengaruh itu berhubung hantaran di media sosial yang mahu ‘scrut’ Nurul Izzah Anwar.

“Aliff akan membuat aduan rasmi SKMM ke atas SKMM miminta SKMM menyiasat SKMM di atas kenyataan SKMM yang menfitnah Aliff,” tulisnya.

image is not available

Aliff Ahmad buat laporan SKMM, minta SKMM siasat SKMM dengan telus

Dalam pada itu, Firdaus Wong juga berharap supaya pihak SKMM dapat menjalankan siasatan yang telus terhadap laporan dibuat ini sama.

“Harap SKMM menyiasat SKMM secara telus,” pesannya.

Pitam membacanya

Menjengah keruangan komen, ramai yang ‘pening’ dengan kapyen yang digunakan kerana seakan berbelit-belit dan mengulangi singkatan ‘SKMM’ untuk beberapa kali.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang terhibur dengan kenyataan tersebut dan berseloroh dengan meminta supaya SKMM menyiasat laporan terbabit dengan

image is not available

Berapa banyak ‘SKMM’ disebut

image is not available

Pening juga nak settle macam ni

image is not available

Terdahulu, seorang pempengaruh, Aliff Ahmad mendakwa MCMC memanggilnya selepas menawarkan untuk membuat carian latar belakang terperinci (scrut) ke atas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Aliff yang juga merupakan pengasas bersama Scrut Analytica akan melakukan ‘scrut’ mengenai kerja dan sumber pendapatan Nurul Izzah sekiranya mendapat 20,000 perkongsian di Facebook.

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung