Aliff Aziz akhirnya muncul di podcast, menangis ditanya tentang Bella Astillah

Entertainment
2 May 2024 • 11:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Aziz akhirnya muncul

Selepas lama mendiamkan diri, pelakon sensasi Aliff Aziz akhirnya muncul apabila diundang menjadi tetamu dalam sebuah podcast.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @thecommonfolkssg di laman Instagramnya, Aliff Aziz akui individu yang bersalah septutnya menjadi orang yang terakhir untuk bersuara.

Aliff Aziz akhirnya muncul

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang bersalah ni dia kena cakap last lah sebab kalau aku yang cakap, berbalas-balas dia akan jadi lebih serabut,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 33 tahun mengaku menyesal atas perbuatannya yang mendedahkan ‘rahsia’ isterinya, Bella Astillah kepada umum.

Dalam temu bual itu juga, Aliff Aziz telah mengeluarkan air mata apabila ditanya mengenai Bella Astillah.

Aliff Aziz akhirnya muncul

image is not available

image is not available

Terdahulu, seorang wanita yang mengaku kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp antara aktor tersebut dengan aktres Ruhainies.

Pendedahan tersebut telah mengundang kemarahan ramai apabila dua selebriti tersebut sanggup menghina dan memaki Bella Astillah.

Sekadar info, Aliff Aziz enggan untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah atas sebab masih sayang ketika sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

image is not available

Bella kemudiannya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

image is not available

Sumber: Instagram @thecommonfolkssg