Aliff Aziz Dan Ruhainies Akhirnya Mengaku Bersalah Kes Khalwat!

LocalEntertainment
28 Feb 2025 • 1:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aliff Aziz Ruhainies mahkamah

Selepas turun naik mahkamah sejak tahun lepas, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat.

Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah

image is not available

Menurut laporan mStar, pengakuan itu dibuat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, setelah sebelum ini mereka menafikan dakwaan berkenaan.

Tukar pengakuan dan dijatuhkan hukuman

image is not available

Menurut pihak Pendakwaan Syariah, kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah menerusi surat bertarikh 18 Februari lepas.

Selepas itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, Aliff dan Ruhainies telah melunaskan bayaran denda masing-masing.

#ApaKataOhmedia

Setiap tindakan ada akibatnya. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.