Aliff Aziz kongsi lirik lagu Malique -“Maafkan mereka, mereka tidak tahu”

Music
22 Mar 2024 • 8:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas lama mendiamkan diri dari media sosial, pelakon, Aliff Aziz kongsi lirik lagu Malique featuring Jamal Abdillah bertajuk Aku Maafkan Kamu.

Lagu deep ni

Perkongsian tersebut merupakan sebahagian daripada lirik lagu Aku Maafkan Kamu di bahagian rap yang dinyanyikan oleh Malique.

image is not available

Aliff Aziz kongsi lirik lagu Malique ft Jamal Abdillah

Lirik lagu tersebut sepertinya memberi bayangan tentang seseorang yang dihukum tanpa sebarang penjelasan dan memilih untuk membiarkan sahaja perkara berkenaan berlaku.

image is not available

Aliff Aziz kongsi lirik lagu Malique bertajuk Aku Maafkan Kamu

Aliff turut menyertakan bahagian lirik seakan memberi kemaafan kepada pihak-pihak tertentu yang berkemungkinan tidak tahu sesuatu hal.

Lirik tersebut juga merujuk kepada masyarakat sekeliling yang hanya sama dari segi rupa namun sebenarnya berbeza dari segi pemikiran dan perilaku.

image is not available

Perkongsian yang dibuat Aliff sememangnya menjadi perhatian ramai selepas hampir seminggu membuka mulut berkenaan isu tangkap khalwat dengan pelakon wanita, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Dalam penjelasan yang dibuat selebriti asal Singapura itu, dia telah menceritakan kronologi bagaimana boleh berada di kediaman Ruhainies pada malam sebelum diserbu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tempoh hari.

Walaupun sedar bukan semua pihak dapat menerima penjelasan yang dibuat, namun Aliff menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kejadian antara mereka selain daripada menunggu kehadiran kakak kepada pelakon wanita itu sampai untuk mereka makan bersama-sama.

Sumber: Instagram iamaliffaziz