Aliff Aziz, Ruhainies akan didakwa khalwat

3 Jul 2024 • 9:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aliff (dua dari kanan) dan Ruhainies (dua dari kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan berkhalwat, pada Mac lalu.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Ruhainies akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini atas pertuduhan berkhalwat.

Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon, Ruhainies.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan khalwat itu.

Isteri, Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres, namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Bagaimanapun, pada 11 Mac lalu, Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Sebagai rekod, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun rujuk semula ketika dalam iddah.

Mereka yang melangsungkan perkahwinan pada 9 September 2016, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!