
Kecoh malam semalam selepas Aliff Aziz tampil berikan kenyataan selepas mendiamkan diri sekian lamanya.
Lebih mengejutkan skandalnya, Sarah Yasmin mendedahkan sudah memutuskan hubungan dengan pelakon sensasi itu setelah penat mempertahankan Aliff.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di story Instagram , Sarah menghantar mesej kepada Aliff untuk akhiri hubungan mereka.
Sarah juga mengambil tindakan untuk block suami kepada Bella Astillah setelah dia membaca mesej yang dihantar.
Saya cuba untuk selamatkan awak tapi saya tak mahu lakukannya lagi.
Saya sudah selesai dan mulai hari ini, 29 April 2024, saya dah berakhir dengan awak.
Pendedahan ini mengejutkan netizen kerana sebelum ini Sarah mengeluarkan kenyataan ada keinginan mahu berkahwin dengan pelakon itu.
Terdahulu wanita ini telah dedahkan tangkap layar bukti Aliff Aziz curang dengan Bella Astillah.
Kredit: Instagram @sarahyasminekh
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

