Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada bekas menteri

LocalPolitics
29 Apr 2026 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kontroversi saman fitnah melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman akhirnya terjawab apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan usahawan kosmetik itu membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Dakwaan hutang pelaburan RM30juta

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Hakim Roslan Mat Nor membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman berhubung dakwaan berkaitan hutang pelaburan RM30 juta.

image is not available

Aliff Syukri turut diperintah bayar kos RM50,000

Selain itu, Aliff Syukri turut diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 serta dikenakan perintah injunksi yang melarangnya daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Abdul Kadir.

Mahkamah juga mengarahkan semua kenyataan berkaitan dipadam dalam tempoh tujuh hari.

“Defendan sama ada melalui khidmat atau ejennya menghapuskan label yang diterbitkan terhadap plaintif daripada semua akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari daripada perintah ini.
“Defendan juga akan memberi aku janji bertulis, tidak akan menyebabkan atau menyiarkan sebarang fitnah terhadap Abdul Kadir selaku plaintif,” kata Hakim.

image is not available

Terdahulu, pada 6 September 2023, Abdul Kadir memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM70 juta terhadap Aliff Syukri atas dakwaan memfitnah.

Beliau mendakwa kenyataan yang dibuat pada Julai tahun sama memberi gambaran seolah-olah dirinya berhutang jutaan ringgit, sekali gus mengundang pelbagai reaksi negatif di media sosial.

Dalam pembelaannya, Aliff Syukri mendakwa telah membuat pelaburan sebanyak RM30 juta bagi memenuhi perjanjian usaha sama, namun pihak lain gagal memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved