Aliff Syukri Luah Rasa Terkilan, Dakwa Bakal Disaman Kerana Rekaan Beg Tangan Dikatakan Sama [Video]

LocalWomen's Fashion
15 May 2025 • 10:56 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Beg atau tas tangan merupakan salah satu aksesori yang sering digunakan wanita termasuklah lelaki di masa kini.

Malah beg tangan yang kini direka dengan pelbagai jenis bentuk turut membuatkan ia sesuai digunakan oleh kedua-dua golongan ini.

Apa yang lebih menarik, kini ramai juga usahawan tempatan yang tampil dengan pelbagai jenis rekaan menarik sehingga membuatkan ada peminat yang sanggup beratur berjam-jam untuk mendapatkannya.

Aliff Syukri dakwa bakal disaman kerana design beg keluarannya mirip beg tular

Terbaharu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri juga dilihat turut tidak melepaskan peluang untuk menjual beg tangan dengan harga mampu milik.

Namun koleksi terbaharunya menjadi perhatian apabila ia dikatakan sama seperti satu beg tangan jenama tempatan yang pernah tular sebelum ini. Malah dia turut mendakwa bakal disaman ekoran isu beg berkenaan.

Menerusi satu video siaran langsung yang dibuat oleh usahawan itu, awalnya Aliff menceritakan mengenai bagaimana dia boleh mengeluarkan rekaan beg tangan terbabit.

“Papa (Aliff Syukri) memang ada supplier (penggeluar) yang akan cadangkan kepada papa trend (rekaan atau beg tangan) yang kita patut keluarkan,” ujarnya.

Jelas Aliff mereka tidak mengikut rekaan diberikan oleh pengeluar 100% sebaliknya ada mengubah di beberapa bahagian.

“Papa ni tak tahu apa-apa, ini kisah benar tau. Jadi apabila papa dapat koleksi daripada supplier dan supplier beri kepada designer papa, dia tengok. Jadi kita tak 100% copy (tiru). Kita tak pernah copy 100%. Kami tengok, supaya orang tidaklah kata kita ni 100% sama.

“Jadi kita pun tukar, design itu, design ini. Nampak tak berbeza dekat sini, berbeza shape (bentuk), berbeza tepi-tepi ni. Jadi supplier cadangkan yang ini trend, awak patut keluarkan.”

Dalam satu lagi video, usahawan itu turut mengatakan seseorang tidak boleh cemburu dengan rezeki orang lain apatah lagi mengambil tindakan saman kerana ia sesuatu yang kurang menyenangkan.

“Papa nak kongsi sedikitlah, tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang. Contohlah orang tu jual tudung, ada jenama tudung jual RM10, ada jual RM1,000, ada tudung jual RM50. Jadi bagi papa itu rezeki orang tu. Jadi bila awak menyekat rezeki orang macam tu, saman-menyaman tak nice lah.

“Bagi Papa kalau awak berniaga, awak perlu percaya dengan kredibiliti dan target market (sasaran pelanggan), Setuju tak papa cakap? Sebab kita berniaga ni (ada) orang jual nasi lemak, orang jual Baju Melayu, orang jual tudung. Asalkan dia tak ambil jenama awak, dia tak ambil rekaan 100% it’s okay lah.

“Sebab bagi papa, papa hormat semua peniaga tak kisahlah peniaga kecil ke besar ke yang penting ia bukan (rekaan) 100%,” ujarnya lagi.

Mahu beri pelanggan kualiti terbaik dengan harga murah

Jelasnya niat dia berniaga bukan untuk bersaing dengan orang tetapi untuk pelanggan yang ingin membeli namun tidak berkemampuan selain memberikan kualiti yang baik.

Malah usahawan itu juga mengatakan dia tidak kisah jika mendapat untung sedikit.

“Tapi papa nak buat kualiti terbaik dan papa biar untung 10 sen. Kenapa papa boleh bagi harga mampu milik sebab papa sekali buat 20 juta (unit). Ha nampak tak? Papa bukanlah nak bela nasib, papa nak kongsi apa yang papa buat ni tak sama,” kata Aliff lagi dalam siaran langsung di TikTok itu.

Minta orang ramai bezakan adakan ia sama dengan rekaan beg tular

Dalam video itu dia turut meminta orang ramai untuk membezakan rekaan beg itu serta mengakui terkilan apabila ada pihak yang ingin menyamannya.

“Cuba korang tengok dari segi bentuk ni sama ke tak sama. Kaki ni sama ke tak sama. Korang yang pakar dekat sini, sebab papa memang terkilanlah kenapa nak saman? Pergilah saman jenama-jenama lain tu.”

Tambah Aliff lagi pihak berkenaan tidak boleh menganggap hanya mereka sahaja boleh buat beg kerana kita semua berkongsi rezeki. Katanya, dia tidak marah dan hanya terkilan.

Semakan kami bagaimanapun tidak menemukan sebarang kenyataan daripada mana-mana jenama tempatan berhubung tindakan saman itu.

Malah jenama tempatan tular yang dikaitkan dengan koleksi beg keluaran Aliff Syukri itu juga dilihat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyokong Aliff Syukri serta tidak mengerti mengapa ada pihak yang ingin menyamannya kerana terdapat juga beg lain yang dilihat seperti sama.

Malah ramai yang meminta usahawan itu untuk menjual beg berkenaan kerana harga yang mampu milik.

“Relese kan bag ni sebab saya tak mampu nak beli…..”

image is not available

“Lah trend jelly bag ni dah lama dah wujud weh, dari zaman saya remaja lagi. Now dah 3 series tiba-tiba naik balik. Jadi ia adalah trend, bukan tertakhluk kepada mana-mana jenama. Normallah dalam industri fesyen”

image is not available

“Semua produk AS adalah pembongkaran harga yang sebenar, tapi alhamdulillah harga AS mampu milik dengan kualiti yang hebat.”

image is not available