Aliff Syukri otak bisnes! Tak tahu penat, laris jual jeruk mangga -“Nak belikan isteri..”

LocalEntertainment
21 Jan 2025 • 10:04 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri otak bisnes apabila tidak henti dipuji warganet selepas tampil menjual jeruk mangga dalam sesi siaran langsung di platform TikTok, semalam.

Video berdurasi tiga puluh tujuh saat itu memaparkan Aliff Syukri sedang mengupah buah mangga sambil dibantu dan ditemani oleh beberapa pembantu rumah ketika melakukan aktiviti jualan secara siaran langsung.

@shahidadherbs2

laki aku ni asal aku balik je dia buat perangai..laku pula tu dia jual sampai licin…korang jgn beli boleh tak nanti dgn aku2 kena kupas mangga

♬ original sound - Nur Shahida Mohd Rashid - Nur Shahida Mohd Rashid

Aliff Syukri otak bisnes!

Menerusi hantaran dikongsikan oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida akui penat melihat kerajinan suaminya yang tidak henti mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Mana tidaknya, usahawan berusia 38 tahun ini tidak pernah berhenti berjualan secara langsung di media sosial dengan menjual produk-produk keluaran syarikatnya.

Namun, kali ini Aliff yang juga anak kepada usahawan, Rozita Ibrahim dilihat menjual jeruk mangga secara bersahaja bagi mengisi masa lapangnya.

“Tak cukup jual produk, jual beg, dia jual jeruk pula dah. Aku baru balik dari Turkiye, dia jual jeruk pula dah.
“Kau takda kerja ke, Aliff Syukri? Kenapa kau jual jeruk? “soal Shahida kepada suaminya.

image is not available

Nak beri isteri, anak-anak keselesaan

Dilahirkan dengan jiwa usahawan, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman memberitahu dia mahu memberi keselesaan buat isteri dan anak-anak.

“Jual jeruk…nak belikan isteri kereta, beri rumah selesai..”jawab Aliff Syukri sambil mengupas mangga.

Patutlah pembayar zakat tertinggi!

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kesungguhan dan kerajinan Aliff Syukri yang tidak pernah kenal erti penat dalam mencari rezeki.

Malah, mereka akui sifat kerajinan dan sikap suka ambil peluang itu merupakan punca Aliff Syukri menjadi antara pembayar zakat tertinggi di Selangor.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Aliff Syukri sebelum ini membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berdasarkan hasil keuntungan perniagaannya yang semakin maju.

Sumber: TikTok shahidadherbs2

View Original Article