Aliff Syukri terima Anugerah Ikon Usahawan 2025 -“Alhamdulilah rezeki tak disangka..”

LocalBusiness & Finance
19 May 2025 • 9:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila menerima Anugerah Ikon Usahawan pada Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025, pada Ahad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, dia berkata kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa doa serta sokongan daripada ibu dan isterinya.

Anugerah Ikon Usahawan

image is not available

image is not available

“Terima kasih doa mak saya, Bonda Rozita dan isteri, Nur Shahida yang sentiasa bersama saya.

“Alhamdulilah rezeki yang tak sangka, malam ini saya rasa amat bertuah dapat menerima Anugerah Ikon Usahawan di Majlis Hari Belia Wilayah Persekutusan 2025 yang disampaikan oleh YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Terima kasih saya ucapkan di atas penghargaan ini, dan ianya semakin membuat saya ingin lebih berusaha untuk berjaya pada masa hadapan,” ujarnya.

Anugerah Ikon Usahawan

image is not available

Netizen turut berbangga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan menyifatkan Aliff sememangnya individu yang layak untuk menerima anugerah tersebut yang tidak pernah putus asa dalam dunia perniagaan.

image is not available

Semoga Datuk terus berjaya!

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar usahawan berusia 38 tahun tersebut terus melakar kejayaan dan sentiasa memberikan isnpirasi dan contoh baik kepada ahli perniagaan lain.

image is not available

Terdahulu, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman diiktiraf sebagai antara penyumbang zakat tertinggi pada setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).