Aliff Syukri terkejut isteri hadiahkan Ferrari idaman-“Bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai…”

LocalEntertainment
16 Aug 2024 • 11:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut isteri hadiahkan Ferrari idaman bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.

Aliff Syukri berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, hari ini.

Aliff Syukri terkejut isteri hadiahkan Ferrari idaman

Menerusi hantaran tersebut, dilihat kereta tersebut berada di dalam kotak bercermin atas sebuah lori yang dihiasi belon dan riben.

Aliff Syukri meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih buat isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kerana menghadiahkan sebuah kereta Ferrari berwarna merah kepadanya.

“I love you sayang. Tak sangka isteri saya beri kejutan sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17.
“Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferrari terbaru ini.
“Terima kasih isteri saya yang tercinta untuk hadiah yang paling bermakna ini,”luahnya.
image is not available

Usahawan berusia 37 tahun itu turut membawa anak-anak dan isterinya menaiki kereta tersebut dan dipandu di kawasan sekitar perumahan.

Nak beli tapi fikir komitmen dulu

Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia sebenarnya mahu memiliki kereta mewah itu, namun terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Jelasnya, dia memikirkan komitmen dan ia pasti akan bertambah, lebih-lebih lagi memiliki anak yang ramai dan meningkat remaja.

“Bila fikir balik dengan anak ramai, tak sesuai. Komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekonomi tak stabil ni. Tapi terkejut dapat hadiah,”kongsinya.

image is not available

image is not available

Aliff juga berterima kasih kepada semua atas segala sokongan yang diberikan terutama pelanggan setia, pengedar dan staf kerana tidak henti menyokong perniagaannya bersama isteri.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris