Aliran trafik beberapa lebuh raya perlahan petang ini

22 Apr 2023 • 6:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Aliran trafik pada 1 Syawal menyaksikan beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 5 petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dari Sungai Buloh ke Rawang disebabkan kemalangan di Kilometer (KM) 449.9 pada 1.25 tengah hari tadi.

“Trafik turut perlahan dari arah utara di Bandar Ainsdale ke Nilai susulan kemalangan di KM 264.7 pada 3.56 petang, namun hanya lorong kecemasan terhalang,” katanya.

Selain itu, aliran trafik dari Kuala Lumpur menuju Tol Gombak sesak dengan orang ramai yang memilih untuk memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman hari ini.

LLM menerusi ciapan di Twitter memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) turut perlahan dari arah utara sebelum susur keluar Tol Kuala Terengganu sejak 2.54 petang tadi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved