Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan malam Dis 26

27 Dec 2023 • 8:12 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan malam ini berikutan warga kota sudah kembali bekerja selepas cuti panjang bersempena dengan perayaan Krismas.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata aliran trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah dari Gopeng menuju ke Tapah, Perak

“Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan dari Juru menuju ke Bandar Cassia,” katanya.

Sebaliknya, trafik dilaporkan lancar di Plaza Tol Sungai Besi di kedua-dua arah. - Bernama