Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini

LocalTravel
14 Feb 2026 • 1:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menunjukkan peningkatan setakat 11 pagi ini, berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti dan pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina serta menyambut awal Ramadan minggu depan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan trafik bergerak perlahan dan kelewatan dijangka berlaku di lebuh raya utama dari Lembah Klang menuju ke utara, selatan dan pantai timur.

Beliau berkata bagi arah utara di PLUS, trafik dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk Rawang ke Sungai Buaya, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Slim River ke Sungkai, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng, dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar susulan kemalangan di kilometer 257.3 serta dari Seberang Jaya ke Sungai Dua.

Baca juga:

"Turut dilaporkan sesak aliran trafik dari Senai Utara ke Kulai, Simpang Renggam ke Machap dan Senawang ke Seremban," katanya.

Bagi arah ke selatan pula, trafik dilaporkan sesak di Auto City ke Plaza Tol Juru, Bangi ke Nilai, Nilai ke Seremban dan Seremban ke Senawang.

"Bagi aliran trafik ke pantai timur, aliran trafik perlahan dari arah Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan Bukit Tinggi ke Lentang," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan dengan sebaiknya dan sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika memandu demi keselamatan semua.