Aliran trafik di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis sesak pagi ini

28 Mar 2025 • 9:46 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 28 MAC: Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan di jajahan Gua Musang dilaporkan sesak sehingga pukul 9 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang bagi menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata walaupun berlaku kesesakan dan pergerakan kenderaan agak perlahan, namun aliran trafik masih terkawal.

“Kesesakan berlaku terutamanya di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis, yang merupakan kawasan ‘bottle neck’ sepanjang kira-kira lima kilometer (km).

“Keadaan ini berpunca daripada pertambahan kenderaan yang masuk dari Kuala Lumpur ke negeri ini melalui pintu masuk Gua Musang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut beliau, kesesakan paling ketara berlaku di sempadan Gua Musang-Kuala Lipis disebabkan laluan yang menyempit daripada dua lorong kepada satu lorong.

Katanya pihak polis akan menjalankan penyuraian trafik secara berkala bagi mengurangkan masalah kesesakan.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved