Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya malam ini

7 Apr 2024 • 10:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kenderaan ketika ini dilaporkan bergerak perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya akibat kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki dan beberapa kenderaan.

"Setakat ini hanya lorong kecemasan yang boleh digunakan dan kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan. Pada masa yang sama, terdapat pertambahan kenderaan di Plaza Tol Gombak, tetapi keadaan trafik masih lancar,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama di negara ini termasuk di Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved