Aliran Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

21 Apr 2023 • 11:25 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan trafk di beberapa lebuh raya dilaporkan terkawal menjelang sambutan Aidilfitri esok. - Gambar dari Twitter @llmtrafik

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal menjelang sambutan Aidilfitri esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata setakat 9 pagi ini, aliran trafik menuju utara lancar namun kenderaan di dua lokasi iaitu dari Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng bergerak perlahan.

Bagi perjalanan ke arah pantai timur, kenderaan dilaporkan bergerak perlahan dari Terowong Genting Sempah ke kawasan Rehat & Rawat Genting Sempah.

Selain itu, laluan trafik menuju ke selatan turut dilaporkan lancar.

Sementara itu, PLUS menerusi ciapan di akaun Twitter memaklumkan terdapat lori rosak di Kilometer 233.4 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun trafik masih lancar di kawasan berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved