
KUALA LUMPUR — Aliran trafik di semua lebuh raya dilaporkan meningkat dengan beberapa kawasan bergerak perlahan sejak pagi tadi, ketika orang ramai mengambil kesempatan cuti Tahun Baharu Cina untuk pulang ke kampung.
Kesesakan bertambah teruk apabila berlaku kemalangan hingga menghalang lalu lintas.
Berdasarkan kepada ciapan di aplikasi X Lembaga Lebuh Raya (LLM), kesesakan itu dilaporkan di Lebuhraya KL-Karak, Lebuh Raya PLUS di utara dan selatan selain Karak dan Tambak Johor, dengan semua kenderaan dilaporkan bergerak perlahan.
“Trafik perlahan dari Malaysia ke Singapura. Berhati-hati memandu,’’ demikian ciapan dari platform LLM.
Selain itu, PLUS sebelum ini memaklumkan ‘Smart Lane’ turut diaktifkan di 14 laluan strategik yang dilaksanakan dengan kerjasama polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertujuan menambah kapasiti lorong sedia ada di laluan terbabit.
12.59pm TAMBAK JOHOR@E2: Trafik perlahan dari
▪ Malaysia ke Singapura
Berhati-hati memandu.— LLM INFO TRAFIK (@llmtrafik) February 9, 2024
Ia diaktifkan bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik pada waktu puncak sempena perayaan ini.
Dalam pada itu, di pintu masuk Johor-Singapura pula, aliran kenderaan ringan bergerak lancar menuju ke zon pemeriksaan masuk dan tiada kesesakan luar biasa dilaporkan.
Menurut Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, aliran trafik dari Woodlands dijangka meningkat dalam tempoh satu hari menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, pada hujung minggu ini,’’ katanya dalam hantaran di Facebook.
“Justeru, orang ramai diminta memastikan dokumen perjalanan teratur dan masih dalam sah laku sebelum memasuki kaunter pemeriksaan Imigresen,’’ katanya. – 9 Februari, 2024
The post Aliran trafik terus meningkat, kemalangan antara punca sesak appeared first on Scoop.
