Aliran trafik tinggi, perlahan di lebuh raya utama petang ini

24 Apr 2023 • 5:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari ketiga Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) aliran trafik tinggi ke arah selatan dari Persimpangan Port Dickson ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Senawang, R&R Ayer Keroh ke Ayer Keroh, Hentian Yong Peng ke Yong Peng Selatan, Ayer Hitam ke Simpang Renggam dan Sedenak ke Kulai.

“Aliran trafik turut tinggi dan perlahan ke arah utara dari Kulai ke Hentian Kulai, Sedenak ke Ayer Hitam, Bukit Gambir ke Tangkak, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Hentian Pedas Linggi ke Pedas Linggi, R&R Senawang ke Persimpangan Port Dickson dan Bandar Ainsdale ke R&R Seremban,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, LLM menerusi Twitter memaklumkan situasi trafik sama juga dilaporkan di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dari arah Kuala Lumpur dari Persimpangan Karak ke Tol Bentong hingga ke Lentang dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik .

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved