Alirkan Air Selama 20 Minit, Ini Cara Merawat Luka Lecur Bahan Kimia

7 May 2024 • 12:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Alirkan Air Selama 20 Minit, Ini Cara Merawat Luka Lecur Bahan Kimia

Seperti yang kita ketahui, asid bersifat mengakis dan merupakan cecair yang berbahaya lebih-lebih lagi terdedah pada bahagian badan manusia mahupun haiwan.

Sebagai langkah keselamatan, alatan khas perlu digunakan sewaktu menggunakan bahan berbahaya ini.

Hal ini kerana cecair kimia ini boleh membuatkan badan anda melecur dan melepuh jika terkena pada lapisan kulit.

Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu anda mungkin tidak sempat mengelak daripada terkena bahan kimia ini, sama seperti nasib yang menimpa seorang pemain kebangsaan Malaysia, Faisal Halim baru-baru ini yang menjadi mangsa ke simbah asid hingga mengalami luka teruk.

Akibat serangan tersebut Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan di hospital.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan bagaimanakah cara merawat luka lecur sekiranya anda terkena bahan kimia ini menerusi perkongsian Hospital UMRA di bawah.

Merawat luka lecur atau bakar akibat bahan kimia

image is not available
Gambar: Kompas.com

Jika kulit anda terkena bahan kimia seperti peluntur atau asid, ikuti langkah bantu awal berikut:

1. Bersihkan bahan kimia yang terdapat pada kulit di bawah aliran air sekurang-kurangnya selama 20 minit. Bersihkan bahan kimia berbentuk serbuk seperti kapur, dari kulit terlebih dahulu sebelum mengalirkan air pada kawasan berkenaan.

2. Buka barang kemas, atau pakaian, yang mungkin telah terdedah atau terkena kepada bahan kimia.

3. Gunakan tuala basah untuk membantu melegakan kesakitan.

4. Tutup luka lecur atau bakar dengan pembalut atau kain yang kering dan steril atau bersih.

5. Jika anda masih mengalami rasa kesan bakar, basuh kulit sekali lagi di bawah air mengalir untuk beberapa minit.

6. Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin agar tahap luka lecur atau bakar anda boleh dinilai dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

image is not available
Gambar: Hospital UMRA

Semoga bermanfaat

View Original Article