Alisha Weir Sahut Cabaran, ‘Abigail’ Tonjolkan Sisi Baru Lakonan

Entertainment
24 Apr 2024 • 5:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon cilik berbakat, Alisha Weir cuba mempamerkan lakonan seram pertamanya ketika dia membawa watak utama, menerusi filem seram thriller Abigail.

Menerusi temu bual bersama Rolling Stone, Alisha memberitahu filem Abigail sangat mencabar lakonan dan dia cuba lakukan yang sebaik mungkin untuk menyampaikan aura little vampire ballerina itu.

Pelakon itu turut mengakui bahawa dia mempunyai perasaan ingin tahu sekiranya penggambaran filem seram akan sama ‘menakutkan’ seperti yang boleh berlaku semasa menontonnya, tetapi dia mendapati bahawa sebaliknya adalah benar.

“Ia menyeronokkan, dan ia gila, dan ia berdarah. Tetapi ia mengujakan.

“Ia benar-benar bertentangan dengan apa yang saya bayangkan dan sangat menakutkan, secara jujur, ” katanya.

Abigail yang akan menemui penonton pada 25 April ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Barrera dan Giancarlo Esposito.

Malah, filem ini juga dibintangi mendiang Angus Cloud dalam salah satu lakonan terakhirnya sebelum kematiannya pada Julai 2023.

Abigail mengisahkan mengenai sekumpulan penjenayah yang menculik seorang kanak-kanak perempuan, berumur 12 tahun yang merupakan anak kepada seorang tokoh dunia berkuasa.

Mereka mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah agam di dalam hutan dengan tujuan asal untuk meminta wang tebusan, namun rancangan mereka mula goyah apabila mereka mendapati ‘tawanan’ mereka sebenarnya adalah pontianak yang dahagakan darah.

Sumber: Artikel Rolling Stone, YouTube MTV UK

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved