“Allah Ambil Apa Yang Dia Sayang & Gantikan Dengan Lebih Baik” – Penjaga Blake Kini Peluk Agama Islam

Entertainment
24 Sep 2023 • 9:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu video di laman TikTok memaparkan penjaga anjing kesayangan ramai, Blake iaitu Salbuddin Salleh memasuki agama Islam tular di platform terbabit.

Difahamkan, keputusan Salbuddin ingin memeluk agama Islam dilakukan selepas 72 jam pemergiaan Blake iaitu anjing pengesan milik Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dapat dilihat dalam video yang dimuat di TikTok itu, penjaga Blake sedang mengucapkan kalimah syahadah.

Video yang memaparkan Salbuddin sudi memasuki agama Islam itu telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya berasa terharu dengan keputusan lelaki tersebut.

image is not available

image is not available

Biarpun ramai lagi yang ketika berasa sedih dengan pemergiaan hero Malaysia, Blake itu, tetapi netizen tidak lupa untuk rasa gembira dengan kehadiran saudara baru tersebut.

image is not available 9 months ago

"Mana Yang Acah-Acah Ustaz?" - Kongsi Video Anjing K9 Bantu Cari Mangsa Tanah Runtuh, Fezrul Khan Perli Netizen