“Allah Pencipta Langit Dan Bumi, Bila Dia Berkehendak..” – Respon Shuib Lepas Sah Tunang Dengan Watie

Entertainment
8 May 2023 • 9:06 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shuib sepahtu

Sabtu lalu, pelawak dan penyampai radio Shuib selamat bertunang dengan kekasih hatinya dikenali sebagai Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, Selangor.

Majlis penuh meriah dihadiri keluarga rapat kedua-dua belah keluarga itu menjangkakan pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.

Meskipun pelbagai kritikan diterima, pelawak ini mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan mereka.

image is not available

Shuib juga berkongsi tafsiran potongan ayat 117 daripada surah Al-Baqarah di mana Allah SWT adalah pencipta langit dan bumi, apabila Dia berkehendak akan sesuatu, cukuplah Dia menyatakan, “jadilah”.

Menerusi foto yang dikongsi, kelihatan Shuib dan anak-anak tampil sedondon bergambar di majlis pertunangan Sabtu lalu.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.