“Allah Tahu Yang Terbaik Untuk HambaNya” – Amelia Christie

Entertainment
29 Feb 2024 • 7:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas beberapa hari namanya menjadi sebutan gara-gara kenyataan dikeluarkan oleh aktor Sharnaaz Ahmad, aktres Amelia Christie akhirnya tampil membuka mulut dan memberi komen tentang hal itu.

image is not available 1 day ago

Didakwa Putus Cinta Dengan Sharnaaz, Amelia Christie Akhirnya Bersuara - "Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini..."

 

Allah tahu yang terbaik

Menurut Amelia, dia redha dengan apa yang dikatakan oleh bapa kepada Jebat Jayden itu dan akui akan ‘move on’ dengan kehidupan selain mahu memberi fokus terhadap perniagaan.

Menerusi satu hantaran di Instagram story, Amelia turut memuat naik petikan ayat yang memberi maksud bahawa dia terima apa yang berlaku ini dan percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik buatnya.

Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya.

image is not available

 

Mahu teruskan hidup dengan hal yang menggembirakan

Terdahulu, Amelia akui rasa sayangnya terhadap Jebat memang benar-benar ikhlas dan tulus namun menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.

Dalam pada itu, aktres tersebut juga turut luahkan rasa syukur kerana Allah hadirkan orang yang baik-baik dalam hidupnya selain berkata mahu teruskan kehidupan dengan hal yang boleh menggembirakannya

Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar.

image is not available

image is not available 1 day ago

Didakwa Putus Cinta Dengan Sharnaaz, Amelia Christie Akhirnya Bersuara - "Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini..."