“Allahuakhbar, Alhamdulillah, Subhanallah” – Nurul Zahid Syukur Bapa Dilantik TPM

Politics
2 Dec 2022 • 9:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui dirinya.

Seramai 28 kabinet yang membarisi barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri disandang oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof.

Pelantikan Zahid Hamidi sebagai TPM itu walau bagaimanapun mendapat kritikan kebanyakan rakyat Malaysia disebabkan Presiden UMNO itu masih lagi terpalit dengan isu di mahkamah.

Nurul Zahid luah rasa syukur bapa dilantik sebagai TPM

Terbaru, anak kepada Zahid Hamidi, Nurul Hidayah meluahkan rasa syukur selepas bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia menerusi hantaran di Instagramnya.

Allahuakhbar, Alhamdulillah, Subhanallah.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Nurul turut mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya itu.

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram Nurul Zahid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media