Allahyarham Raymond Goh memandu sendiri kereta ke hospital

12 Sep 2023 • 8:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemergian penyampai berita Nightline di TV3, Allahyarham Raymond Goh atau Mohd Zaman Goh yang meninggal dunia pagi tadi pastinya menghadirkan rasa duka buat ahli keluarga serta para pendengar beliau.

Isteri belum bersedia beri komen

Memetik laporan dari Berita Harian, isterinya, Faridah Teh ketika ditemui masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih bersedih diatas kehilangan suami tercinta.

Walau bagaimanapun, dia tetap mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang hadir dan semua yang mendoakan allahyarham.

“Saya mohon maaf kerana tak dapat beri sebarang komen. Emosi saya belum stabil,”

“Saya hargai kehadiran anda semua. Sebarang maklumat boleh hubungi penerbit berita slot Nightline,” ujarnya yang kelihatan sugul.

image is not available

Raymond Goh memandu sendiri ke hospital

Menerusi kenyataan dari pihak penerbit Nightline, Amelia Nadia Azaharul Nahar, Allahyaryam Raymond Goh memandu sendiri ke hospital untuk melakukan pemeriksaan selepas merasai kebas pada bahagian kanan badannya.

“Ketika itu, arwah sedang minum bersama rakan-rakan, secara tiba-tiba terasa kebas pada bahagian sebelah kanan badan kanan dan terus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Selepas menjalani rawatan imbasan CT dan doktor memaklumkan keadaannya agak kritikal sebelum ditidurkan,” ujarnya.

image is not available

Dalam pada itu, allahyarham juga disifatkan seorang yang ramai termasuklah rakan sekerja. Perkara tersebut dapat dilihat menerusi posting dan konten-kontennya di media sosial yang memberikan ilmu baru buat pengikutnya.

Untuk rekod, Raymond Goh telah berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar sekitar 30 Ogos lalu dan dimasukkan ke dalam hospital di Petaling Jaya.

Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)