Allahyarhamah Siti Khadijah Dinaikkan Pangkat Lans Koperal Secara Anumerta, Keluarga Terima Bantuan TDM

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 11:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, Sijil Kelulusan Kenaikan Pangkat itu diserahkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman kepada ibu Allahyarhamah, Zaleha Said, ketika lawatan kebajikan ke kediaman keluarga berkenaan di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor, hari ini.

“Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang meninggal dunia akibat letupan dalam insiden semasa Latihan Membaling Grenad di Lapang Sasar Kem Hobart pada 16 Jun lalu, dinaikkan ke pangkat Lans Koperal secara anumerta,” katanya.

Image from: Allahyarhamah Siti Khadijah Dinaikkan Pangkat Lans Koperal Secara Anumerta, Keluarga Terima Bantuan TDM

Menurut TDM, Azhan turut menyampaikan sumbangan peribadi serta sumbangan daripada Yayasan Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kepada keluarga Allahyarhamah.

Selain itu, keluarga Allahyarham turut menerima sumbangan kotak rezeki daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) serta Insurans Kelompok Koperasi Tentera yang disampaikan kepada bapa Allahyarhamah, Sungip Jais.

Image from: Allahyarhamah Siti Khadijah Dinaikkan Pangkat Lans Koperal Secara Anumerta, Keluarga Terima Bantuan TDM

Dalam pada itu, ibu Allahyarhamah turut menerima pencen terbitan, pencen orang tanggungan dan Ex-Gratia orang tanggungan ibu berjumlah RM1,682.60 setiap bulan.

“Tentera Darat sentiasa memastikan kebajikan warga dan keluarga sentiasa terpelihara.
“Ia dilaksanakan dengan menentukan waris menerima hak dan kelayakan mengikut peraturan yang terdapat dalam perkhidmatan,” katanya.

Dalam kejadian 16 Jun lalu, dua anggota Tentera Darat maut selepas terkena letupan ketika mengikuti Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip, 21, dari Skuadron Pertama RAJD.

Image from: Allahyarhamah Siti Khadijah Dinaikkan Pangkat Lans Koperal Secara Anumerta, Keluarga Terima Bantuan TDM

Kedua-dua anggota berkenaan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Sumber: BH Online (Nor Azizah Mokhtar)

The post Allahyarhamah Siti Khadijah Dinaikkan Pangkat Lans Koperal Secara Anumerta, Keluarga Terima Bantuan TDM appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved