“Alma Mater, Bismillah” – Nurul Hidayah Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 10:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Datuk Nurul Hidayah, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tempoh pelantikan tersebut telah berkuat kuasa mulai 2 Januari 2025 dan akan berakhir pada 1 Januari 2028.

Dilantik atas merit kepakaran dan pengalaman yang luas

image is not available
Kredit foto: Noor Azreen Awang

Menerusi laporan daripada akhbar The Star, pelantikan Nurul Hidayah ini adalah mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman selaras dengan subseksyen 18(1) Perlembagaan UPM.

Pihak UPM turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nurul Hidayah atas pelantikan tersebut dan berharap agar pelantikan ini dapat membawa UPM ke tahap kecemerlangan akademik yang lebih tinggi.

“Kami yakin bahawa Datuk mampu menyumbang dan memimpin UPM ke arah mencapai kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang” – Katanya

Hidayah bertekad untuk memberikan sumbangan yang bermakna

image is not available
Kredit foto: Instagram Nurul Zahid

Berdasarkan perkongsian terbaru daripada Instagram Nurul Hidayah, beliau juga mengesahkan perkara tersebut dengan berkongsi memaklumkan pelantikannya ‘Bagai Sireh Pulang Ke Gagang’ dan mengucapkan ‘Bismillah’ sebagai tanda rasa syukur dan persediaan untuk memulakan tugas.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berkongsi gambar majlis konvokesyennya di UPM pada tahun 2002.

image is not available
Kredit foto: Pusat Perhubungan Alumni UPM

Untuk pengetahuan korang, Nurul Hidayah adalah bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM pada tahun 1999.

Sebelum pelantikan ini lagi, sebenarnya beliau telah banyak menyumbang kepada UPM melalui Pusat Perhubungan Alumni universiti tersebut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: The Star


The post “Alma Mater, Bismillah” – Nurul Hidayah Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM appeared first on Oh! Media.

View Original Article