Almalena Sharmila dilantik Peguam Cara, Suzana sebagai Peguam Cara II

LocalPolitics
20 Sep 2023 • 4:45 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Datuk Almalena Sharmila Johan dilantik sebagai Peguam Cara Negara berkuat kuasa mulai 2 Oktober ini.

Manakala, Datuk Suzana Atan diumumkan sebagai Peguam Cara Negara ll dan ia turut bermula tarikh sama.

Pengumuman pelantikan itu dibuat Peguam Negara menerusi kenyataan Jabatan Peguam Negara hari ini.

“Selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 Tahun 2023, jabatan ini memaklumkan pelantikan Peguam Cara Negara dan Peguam Cara Negara ll.

“Seluruh warga Jabatan Peguam Negara mengucapkan tahniah atas pelantikan ini,” katanya.

Almalena sebelum ini memegang jawatan sebagai Peguam Cara Negara II, manakala Suzana adalah Peguam Kanan Persekutuan. – 20 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved