Along Cham Akui Selesai Uruskan Fail Pengesahan Lafaz Taklik Di Mahkamah

LocalEntertainment
5 Feb 2025 • 5:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Along Cham

Pelakon dan pelawak, Along Cham mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuat naik satu hantaran di Instagram Story (IGs) yang seakan memberi bayangan dirinya sudah kembali bergelar duda.

Menurut laporan Harian Metro, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad berkongsi bahawa dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.

Alhamdulillah, done for urusan mahkamah syariah.

Lebih menarik perhatian, dia turut menyertakan kata pagar #arbaiebujangkembali, seolah-olah memberi petunjuk mengenai status rumah tangganya.

Along Cham akui uruskan kes di mahkamah

image is not available

Ketika dihubungi Harian Metro, Along menjelaskan bahawa dia baru sahaja menguruskan fail pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Tadi, saya uruskan fail pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Tengah tunggu tarikh bicara.

Meskipun tidak memberikan butiran lanjut, pelawak itu meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Doakan semoga segala urusan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah.

Fail pengesahan lafaz cerai taklik di Putrajaya

image is not available

Untuk rekod, pada 28 Januari lepas, Along Cham telah memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai status sebenar rumah tangga mereka.

#OhmediaNasihat

Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang perlu dijaga dengan baik. Jika menghadapi masalah dalam rumah tangga, berbincanglah dengan baik dan cuba cari penyelesaian terbaik sebelum membuat keputusan besar seperti perceraian.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.