Along Cham Mengaku Tidak Bersalah, Didakwa Miliki 58.23 Gram Ganja

LocalEntertainment
20 Dec 2024 • 11:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bekas pelawak dan peserta rancangan Raja Lawan, Muhammad Nizamuddin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Along Cham, didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memiliki ganja seberat 58.23 gram.

Walau bagaimanapun, Along Cham mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Ahmad Fuad Othman.

Boleh mendapat hukuman berat

image is not available

Jika disabit kesalahan Mengikut Sesyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Along Cham boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun serta dikenakan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Tidak dibenarkan ikat jamin

image is not available

Along Cham yang diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim telah memohon untuk ikat jamin, namun permohonan itu ditolak oleh hakim. Selain itu, Laporan kimia perlu dikemukakan kepada mahkamah sebelum tarikh sebutan semula kes pada 27 Januari depan.

Sebelum ini pelawak tersebut ditahan di rumahnya di Cyberjaya selepas pihak polis menemui ganja seberat 58.23 gram di dalam simpanannya.

#OhmediaNasihat

Kes Dadah sentiasa mengingatkan kita tentang betapa pentingnya menjauhi perkara yang boleh memudaratkan diri dan kerjaya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian