Altimet mahu sumbang kutipan royalti, ‘fans’ Selangor pakat sokong dengar lagu

Football
26 Jun 2024 • 10:38 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Altimet mahu sumbang separuh daripada kutipan royalti harta interlek yang diterima menerusi lagu Langgam Gendang Perang yang menjadi lagu tema buat pasukan Selangor FC.

Demi “Selangor Sampai Mati”

Menerusi ciapannya di platform X, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad memaklumkan sumbangan tersebut dibuat bagi membantu membayar denda pasukan Selangor FC susulan menarik diri dari perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bulan lalu.

image is not available

“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bantu bayar denda ni, jika SFC sudi,” tulisnya.

Altimet mahu sumbang kutipan royalti bayar denda RM100,000

Perkongsian tersebut dibuat susulan kenyataan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang mengenakan denda terhadap Selangor FC sebanyak RM100,000 susulan menarik diri daripada bertemu Johor Darul Takzim (JDT) pada 10 Mei lepas.

Tak hanya itu, Selangor juga akan dipotong tiga mata di Liga Super mengakibatkan jatuh di kedudukan kelima memandangkan kini berada di tangga kedua.

image is not available

Altimet mahu sumbang kutipan royalti, fans Selangor FC pakat dengar lagu

Justeru ciapan yang dibuat oleh Altimet, para penyokong Selangor FC menerusi ruangan komen telah menyuarakan sokongan kepada usaha yang ingin dilakukan oleh Adun Lembah Jaya berkenaan.

Mereka berpakat mahu terus memutarkan lagu ciptaan Altimet supaya kutipan royalti terus bertambah demi Selangor FC.

image is not available

Jom dengar ramai2

image is not available

Cadang buat event, sedia derma

Ada juga antara mereka mencadangkan pelbagai cara bagi membantu pasukan tersayang termasuklah bersedia untuk memberikan sumbangan supaya denda yang dikenakan segera dibayar.

image is not available

“11 atas padang 6 juta dibelakang”

image is not available

Altimet mahu sumbang kutipan royalti, anak Selangor sedia bantu!

image is not available

Terdahulu, pasukan Selangor FC telah menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih setelah pemain sayap mereka, Faisal Halim mengalami cedera parah disimbah asid sewaktu berada di sebuah pusat beli belah di Damansara pada 5 Mei.

Keputusan tersebut juga dibuat selepas beberapa insiden jenayah serta ancaman yang berlaku membabitkan beberapa pemain dalam Liga Super.

Sumber: X altimet